Sunday, 14 April 2013

Syarat-syarat Pinjaman Tekun

  1. Bumiputera dan Masyarakat India ( Program Khas Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat
    India - SPUMI )
  2. Berumur 18 – 65 tahun ( Bumiputera ) dan 18 – 55 tahun ( SPUMI ).
  3. Telah menjalankan perniagaan atau mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
  4. Mempunyai lesen / Permit / Daftar Perniagaan yang sah ( Pinjaman di bawah RM 5,000 tidak perlu Pendaftaran Perniagaan [ SSM ] ).
  5. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak ( mobile ).
  6. Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan ( Pinjaman sehingga RM 5,000 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan )
  7. Satu pinjaman bagi satu isi rumah ( kecuali perniagaan yang berasingan dan rekod bayaran balik yang baik bagi isirumah ).
  8. Bayaran balik pinjaman RM 20,000 sehingga RM 50,000 menggunakan bayaran Cek Tertunda Tarikh ( Post- Dated Cheque ).
  9. Bayaran balik satu bulan permulaan akan ditolak daripada pinjaman yang diluluskan
  10. Pemohon yang ingin memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal sendiri sebanyak 20% daripada keperluan pinjaman / perniagaan sebagai komitmen untuk menjalankan perniagaan ( kecuali permohonan di kalangan siswazah ).
  11. Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 50,000.

No comments:

Post a Comment